Program Ibadah Korban ASDAF 2026
July 1, 2026
PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL KE IPT SALAH SATU USAHA MENGGALAKKAN PELAJAR LEPASAN SPM ASDAF UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI
Ahli Jawatankuasa dan Pengurusan Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF) telah mewujudkan satu inisiatif untuk menggalakkan lepasan-lepasan SPM untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi antaranya Asasi/ Matrikulasi/ Diploma atau Sijil dan juga Ijazah.
Pelajar-pelajar akan memperoleh imbuhan seperti berikut :
1) Saguhati RM100.00 akan diberikan kepada pelajar yang memperoleh A bagi setiap subjek SPM.
2) Bantuan awal RM500.00 kepada pelajar yang telah mengesahkan pendaftaran tempat belajar.
3) Bantuan komputer riba bernilai RM2,000.00 kepada pelajar yang menyambung pengajian ke Asasi / Matrikulasi dan Diploma.
Diharapkan dengan bantuan dan juga saguhati ini dapat membuka mata dan juga memberi kesedaran dan juga menjadi dorongan/ galakkan kepada pelajar-pelajar ASDAF yang lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang membanggakan serta menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi demi membela nasib keluarga dan menjadi ikon kepada masyarakat Orang Asli.