logo-asdaf-1logo-asdaf-1logo-asdaf-1logo-asdaf-1
  • Tentang Kami
  • Carta Organisasi
  • Pendidikan
  • Dakwah
  • Program & Aktiviti
  • Hubungi Kami
Hulurkan Sumbangan
✕
Karnival Futsal Hidup Bola Milo 2026
July 7, 2026

Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2026







5 orang pelajar Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF) telah menyertai Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia pada 4-6 Ogos 2026 bertempat di Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.
 
Pelajar-pelajar yang terlibat dari SMK Vivekananda adalah Mazni Binti Aswan (Pidato Kenegaraan), Noor Shafazana Wadiha Binti Roslan (Poem Recitation), Nassyahida Idayu Binti Julimie (Nyanyian Solo) serta Dilasafikah Binti Joney dan Norirfah Binti Mohd Zamberi (Saintis Muda). Mereka hanya mempunyai masa kurang dari 1 bulan untuk berlatih dan ianya menjadi pengalaman yang sangat berharga kepada pelajar-pelajar ini.
 
Mereka berlima bersama dengan beberapa lagi pelajar Orang Asli dari Kuala Lumpur menyertai Kontinjen Kuala Lumpur berentap bersama 14 buah negeri yang lain. Ini merupakan penyertaan kali pertama Kuala Lumpur di karnival ini. Majlis penutupan turut dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek.
 
Juara keseluruhan pada tahun 2026 adalah milik negeri Pahang Darul Makmur dengan membawa pulang pelbagai anugerah dan kejayaan memperoleh tempat dalam kebanyakan pertandingan yang dipertandingkan.
 
Keputusan penuh Kontinjen Kuala Lumpur
Kategori Sekolah Menengah
1) Pidato Kenegaraan (Keempat)
2) Poem Recitation (Tidak Diumumkan)
3) Saintis Muda (Tidak Diumumkan)
4) Nyanyian Solo (Tidak Diumumkan)
5) Robotik (Tidak Diumumkan)
 
Kategori Sekolah Rendah
1) Nyanyian Duet (Keempat)
2) Storytelling (Kelima)
3) Robotik (Kelima)
4) Bercerita (Tidak Diumumkan)
 
Tidak diumumkan kerana pihak penganjur hanya mengumumkan tempat pertama sehingga kelima.
Semoga rezeki Kuala Lumpur pada tahun-tahun akan datang dan dapat bersaing dengan negeri lain. TAHNIAH SEMUA

Related

Share
0

Related posts

July 7, 2026

Penyampaian Bantuan Awal ke IPT


Read more
April 16, 2026

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) PELAJAR ASDAF 2025


Read more
December 18, 2025

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN ASDAF (MAKA) 2025


Read more

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Asrama Darul Falah PERKIM menyediakan pendidikan akademik yang rasmi kepada masyarakat Asli dengan menghantar mereka ke sekolah menengah dan rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi.

PERKIM Cawangan ASDAF adalah berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966. No Rujukan : PPM/WP 76/61-186.

Pautan Pantas

  • Tentang Kami
  • Carta Organisasi
  • Pendidikan
  • Dakwah
  • Program & Aktiviti
  • Hubungi Kami

Hubungi Kami

asdafperkim@gmail.com
03-2283 1009
Cangkat Persekutuan, Bukit Persekutuan,
Kuala Lumpur 50480
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
© 2026 Asrama Darul Falah | Hakcipta Terpelihara
Hulurkan Sumbangan