Projek yang diberi nama “Pemerkasaan Ilmu dan Kemahiran Literasi Digital Kepada Anak-anak Orang Asli Melalui Kaedah Pembelajaran berasaskan Projek STEM” ini dianjurkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia KL yang juga merupakan rakan kolaborasi bersama Khayrin Faqir Resources (KFR). Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti pendidikan anak-anak orang asli dengan memberikan penekanan kepada ilmu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta kemahiran literasi digital. Program ini akan dijalankan dan dipantau selama setahun bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu mereka dalam penggunaan aplikasi dan teknologi digital terkini dalam pembelajaran dan projek berkaitan dengan STEM.