kerjasama strategik antara sektor korporat dan ASDAF. Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan pembangunan modal insan melalui pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dan pemupukan bakat kepimpinan dalam kalangan belia.
Di samping itu, program ini turut menggalakkan penyertaan aktif pihak industri dalam menjayakan agenda pembangunan modal insan negara. Melalui kerjasama sebegini, pembudayaan amalan pembelajaran berterusan yang memenuhi keperluan industri dan pasaran kerja dapat direalisasikan demi melahirkan graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan negara.