ASDAF merupakan asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat menengah berumur 13 hingga 17 tahun yang diambil dalam kalangan fakir miskin, saudara baru dan anak-anak yatim 

Tentang Kami

Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF) diasaskan oleh Tuan Haji Yaakob bin Lazim yang ditubuhkan pada 19 Ogos 1995, adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah menengah sahaja.
Mereka terdiri daripada anak-anak fakir miskin, saudara baru (muallaf) dan anak-anak yatim.
Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pendalaman semenanjung untuk diberi pendidikan akademik dan agama di Kuala Lumpur.

Visi & Misi

VISI

Orang Asli Islam yang berpendidikan cemerlang

MISI

Melahirkan Orang Asli yang Muslimin, Mukminin dan Muttaqin

 

 

Objektif ASDAF

a. Menjadi sebuah Institusi Pendidikan bagi anak-anak Orang Asli yang ditubuhkan dengan tujuan untuk:

  • Mendidik dan memberi pengetahuan Agama Islam kepada anak-anak Orang Asli bagi menjadikan mereka orang-orang muslim yang mukmin, muttaqin dan mampu menjadi pendakwah bagi Masyarakat Orang Asli.
  • Memberi pelajaran akademik yang baik bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.

b.  Anak-anak Orang Asli dipilih dari perkampungan Orang Asli dan ditempatkan di asrama ASDAF dengan dibiayai semua keperluan hidup dan persekolahan mereka oleh ASDAF. Anak-anak ini menjalani pengajian dan pendidikan dengan dua cara iaitu: belajar di sekolahsekolah kerajaan yang berdekatan dan mengikuti pengajian dan pendidikan yang diadakan sendiri di ASDAF

"Kami Penerima Zakat, Wakalah & Fidyah Anda "