Antara objektif program ini adalah untuk memupuk semangat berkongsi rezeki dan prihatin terhadap saudara-saudara Muslim yang kurang bernasib baik. Ia juga dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli kariah masjid dan surau melalui majlis kenduri korban yang diadakan. Di samping itu, program sebegini turut meningkatkan kefahaman masyarakat Islam tentang cara melaksanakan ibadah korban dengan betul mengikut tuntutan agama.