Penetapan Target SPM 2025
September 3, 2025Kunjungan Yayasan Pelajaran MARA
December 18, 2025
MAKA 2025 telah diadakan pada 7 Disember 2025 di Dataran ASDAF. MAKA merupakan sebuah majlis yang memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang membuktikan kecemerlangan mereka di sekolah melalui Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Penglibatan dalam Ko-Kurikulum, pemantapan sahsiah serta kecemerlangan dalam kelas pengajian agama.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Haji Razali Bin Haji Shahabudin, Eksekutif Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan. Turut sama dalam majlis ini adalah YBrs Dr Ahmad Shamsuri Muhammad, Ketua Jabatan Kaunseling dan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Inspektor Amirnizam Bin Azmi, Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Brickfields, Guru-Guru Penolong Kanan SMK Bangsar, Guru-guru SMK Vivekananda dan SMK Bangsar, Guru-guru Kelas Bimbingan Akademik, Kepimpinan Caring Club IIUM, tetamu jemputan serta ibu bapa kepada pelajar-pelajar ASDAF.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Adam Haikal Bin Abdullah. Diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Haji Ariffin Bin Mamat, Pengarah Majlis Apresiasi Kecemerlangan ASDAF, seterusnya ucapan dari Pengerusi Perkim Cawangan ASDAF, Tuan Haji Abdul Halim Bin Mohamad disusuli ucapan perasmian dari YBhg Dato' Haji Razali.
Majlis diserikan dengan 4 persembahan pelajar iaitu, Tarian, Bicara Berirama, Sketsa dan Nasyid.