logo-asdaf-1logo-asdaf-1logo-asdaf-1logo-asdaf-1
  • Tentang Kami
  • Carta Organisasi
  • Pendidikan
  • Dakwah
  • Hubungi Kami
Hulurkan Sumbangan
✕
Kelas Tambahan Tingkatan 4 & 5
July 23, 2024
Lawatan Pendidikan di Petrosains dan Planetarium Negara
September 11, 2024

Projek STEM bersama UTM



Projek yang diberi nama "Pemerkasaan Ilmu dan Kemahiran Literasi Digital Kepada Anak-anak Orang Asli Melalui Kaedah Pembelajaran berasaskan Projek STEM" ini dianjurkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia KL yang juga merupakan rakan kolaborasi bersama Khayrin Faqir Resources (KFR). Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti pendidikan anak-anak orang asli dengan memberikan penekanan kepada ilmu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta kemahiran literasi digital. Program ini akan dijalankan dan dipantau selama setahun bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu mereka dalam penggunaan aplikasi dan teknologi digital terkini dalam pembelajaran dan projek berkaitan dengan STEM.

Majlis Penutup Program Pemantapan Literasi Digital STEM (DigiSTEM) bersama UTM



Majlis penutup projek DigiSTEM bersama UTM ini telah berlangsung pada 12 Oktober 2024. Pelajar-pelajar Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF) telah melaksanakan projek akhir mereka dengan jayanya iaitu pembentangan Projek Hidroponik secara live di Facebook Asdaf PERKIM. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak UTM, CMN Digylearn Sdn Bhd dan Khayrin Faqir Resources (KFR) serta pihak lain yang terlibat secara tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Program ini bukan sahaja memberikan ilmu dan kemahiran baharu kepada para pelajar tetapi juga menimbulkan minat yang mendalam terhadap STEM.

Related

Share
1

Related posts

February 6, 2025

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar ASDAF 2024


Read more
September 11, 2024

Lawatan Pendidikan di Petrosains dan Planetarium Negara


Read more
July 23, 2024

Kelas Tambahan Tingkatan 4 & 5


Read more

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Asrama Darul Falah PERKIM menyediakan pendidikan akademik yang rasmi kepada masyarakat Asli dengan menghantar mereka ke sekolah menengah dan rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi.

PERKIM Cawangan ASDAF adalah berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966. No Rujukan : PPM/WP 76/61-186.

Pautan Pantas

  • Tentang Kami
  • Carta Organisasi
  • Pendidikan
  • Dakwah
  • Hubungi Kami

Hubungi Kami

asdafperkim@gmail.com
03-2283 1009
Cangkat Persekutuan, Bukit Persekutuan,
Kuala Lumpur 50480
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
© 2025 Asrama Darul Falah | Hakcipta Terpelihara
Hulurkan Sumbangan